
Semua orang yang rapat dengan gua tahu, gua memang macai BlackBerry. Nak tahu apa?. Esok adalah hari rasminya peranti baru BlackBerry Priv dilancarkan dengan sistem operasi Android sepenuhnya yang pertama pernah dikeluarkan oleh BlackBerry.
Gua sangat teruja dengan harap langkah terbaru BlackBerry ini dapat menarik kembali minat pengguna dan kawan-kawan lama komuniti #GengBBM gua. Peranti ini membawakan papan kekunci fizikal, dan pada masa yang sama turut menyertakan trackpad pada papan kekunci seperti pada peranti BlackBerry Passport.
BlackBerry Priv ini akan dilancarkan seawal esok, dan gua akan berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran yang dibawakan oleh BlackBerry Priv ini. ini.